Khas Utuk Anda


Monday, November 10, 2008

Apa Itu Duit?


Duit memain peranan besar dalam hidup. Dengan duit, banyak perkara bisa dilakukan. Dengan duit juga, banyak komplikasi bisa timbul. Dengan duit, kita bisa beli cinta dan persahabatan. Dengan duit juga, kita kehilangan kedua-duanya.

Tapi apa itu duit?

Inilah soalan yang sama wa tanye; tak kira kepada taulan maupun peserta bengkel keusahawanan. Dan bermacam-macam jawapan yang dikemukakan.

Ada yang jawap "kertas dan syiling". Habis, bagaimana dengan simpanan kita di bank dan saham kita di syarikat? Duit gak.

Ada yang jawap "ringgit". Habis, dollar, pound sterling, dinar, rupiah, pun duit gak. Ada yang jawap "medium jual beli".

Ada yang jawap "harta". Habis, kereta, rumah, pakaian, warung tomyam, kedai bundle, hotel dan syarikat juga harta?

Ianya lebih abstrak daripada yang kita sangkakan, lebih-lebih lagi di zaman serba moden ini. Wang merentasi unsur material dan jisim, terkadang dikaitkan dengan rohani dan emosi.

***
Teringat lak wa Kumpulan Cham Raja Lawak 2 dulu. Duit bleh jadi
D = Doa
U = Usaha
I = Ikhtiar
T = Tawakkal

Bole juge jadi
D = Dengki
U = Untung
I = Impian
T = Tamak

Idea yang bernas

***

Duit tercipta bagi memudahkan urusan kita. Idea ini timbul lantaran kesukaran berurusan menggunakan sistem barter. Iyelah... Ahmad ada nasi, nak ayam. Ah Long ada ayam, tapi nak sayur. Aru ada sayur, tapi nak gambir. Daripada sistem barter yang rumit, kita terikat dengan komplikasi berkaitan dengan keinginan yang berbeza. Maka timbullah idea bagi menyelesaikan masalah ini; duit.

YA... DUIT HANYALAH SATU IDEA!

Fikirkan, mengapa matawang kita hanya laku di negara kita, tapi di negara orang kita perlu ke money changer? Coz they don't have any idea what our currency value is.

Wang hanyalah satu idea.

Barangsiapa punya sebarang idea, nescaya beliau akan beroleh wang...


No comments: